fbpx

Sembilan individu dipanggil insiden bom IED pada kereta Siti Kasim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar objek menyerupai bom yang diletakkan di kereta Siti Kasim.

KUALA LUMPUR – Polis memanggil sembilan individu bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah objek dipercayai bom Improvised Explosive Device (IED) diletakkan pada kenderaan milik peguam, Siti Zabedah Kasim, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kesemua yang dipanggil itu merupakan saksi dan sudah diambil rakaman percakapan mereka.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga telah diperolehi. Polis kini sedang giat membuat penelitian keatas setiap CCTV melibatkan tempat-tempat yang dimaklumkan oleh mangsa.

“Sehubungan itu, kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kassim adalah bom jenis Improvised Explosive Device (IED)

Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB) dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta letupan 1957.

Dalam pada itu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom, Jumaat lalu

Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kenderaan pada pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI