fbpx

Legasi Rahmah Allahyarham Salahuddin diteruskan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Salahuddin. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Legasi Rahmah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berterima kasih untuk segala jasa dan budi Allahyarham buat rakyat serta negara.

*Terima kasih untuk segala jasa dan budimu buat rakyat serta negara. Akan kami teruskan legasi RAHMAHmu. Damailah di sana, Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau hadir majlis pengebumian Salahuddin hari ini menyampaikan salam terakhir buat seorang sahabat yang kental dan setia.

Jenazah Salahuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

Beliau meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pendarahan otak dan ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI