fbpx

526 individu hilang pekerjaan terima elaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V.Sivakumar beramah-mesra dengan individu yang hadir sempena Program Intervensi Awal SIP 2023 dan Penyampaian Faedah Perkeso, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

SEREMBAN – Seramai 526 individu yang hilang mata pencarian di dua buah syarikat ternama di Nilai dan Senawang menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dengan jumlah keseluruhan RM1.37 juta.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, langkah pengecilan tenaga kerja itu didakwa berlaku berikutan isu pengeluaran produk getah dan pembekalan komponen elektronik yang berkurangan sejak tiga tahun lepas.

Menurut beliau, syarikat mendakwa turut mengalami peningkatan kos bahan mentah dan penyelarasan gaji minimum yang memberi kesan kepada perbelanjaan serta pusingan modal bagi jangka pendek.

“Oleh itu, hari ini saya menyampaikan EMP berjumlah RM50,000 untuk membantu 30 bekas operator kilang terbabit.

“Bantuan ini merupakan manfaat di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 bagi meringankan bebanan mereka dari segi kewangan sementara dalam proses mencari pekerjaan baharu.

“Intervensi awal Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ternyata memberi kelegaan dan kelangsungan harapan kepada pekerja selepas perkhidmatan mereka dengan dua syarikat pengilangan ternama ditamatkan,” katanya selepas Program Intervensi Awal SIP 2023 dan Penyampaian Faedah Perkeso, di Wisma Perkeso, di sini hari ini.

V. Sivakumar berkata, secara keseluruhannya, setakat 17 Julai lalu, sebanyak 23,655 pekerja diberhentikan membabitkan bayaran EMP berjmlah RM 91.554 juta. Sektor perkilangan dan perkhidmatan paling ramai terbabit.

Pencarum SIP layak menerima faedah EMP bagi tempoh tiga hingga enam bulan jika mereka diberhentikan akibat masalah ekonomi syarikat tertakluk had gaji siling RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI