fbpx

Anwar yakin mampu tawan dua negeri lagi pada PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis pengumuman calon PKR hari ini.

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mampu merampas dua lagi negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Anwar yang juga Perdana Menteri turut menegaskan akan mempertahankan tiga buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Memang saya tahu kawan-kawan dari Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP), INVOKE ada buat beberapa kajian selain Merdeka Centre dan Institut Kajian Ehsan (IDE).

“Namun saya ingin beritahu daripada laporan yang saya dapat setakat ini. Saya tidak mahu mesej terlalu baik tetapi setakat ini, tiga-tiga negeri ini (Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang) kukuh dan mantap.

“Dan, bulan lalu saya sebut satu negeri lagi kita senang untuk tambah. Sekarang saya nak sebut hampir dua negeri kita boleh tawan,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PKR di padang awam Seksyen 7 di sini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun menegaskan impian itu akan capai sekiranya menumpukan perhatian kepada kempen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI