fbpx

Salahuddin alami pendarahan otak, jalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

PUTRAJAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, semalam.

KPDN dalam kenyataan disini berkata, beliau kini sedang menjalani pembedahan di HSB.

“Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar pukul 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah,” katanya di sini hari ini.

Salahuddin (kanan) ketika sesi libat urus bersama mahasiswa UUM di Sintok pada petang semalam.

Kenyataan itu turut berkata, Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

“Pihak Pejabat Menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau,” ujarnya.

Terdahulu, Salahuddin hadir perasmian Persatuan Pengampit Minyak Masak Melayu Zon Utara di Kampung Alor Senjaya di Alor Setar pada pagi semalam diikuti Majlis Pelancaran Food Bank dan Menu Rahmah serta Libat Urus di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok pada sebelah petang.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Amanah seterusnya dijadualkan menghadiri Ceramah Perpaduan Malaysia Madani di tapak pekan sehari Kota Sarang Semut, dekat Alor Setar pada malam semalam, namun tidak dapat berbuat demikian selepas mengalami masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI