fbpx

Lelaki temui ‘topping’ lipas dalam mi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menunjukkan lipas yang ditemuinya. - Sanook

HANOI, Vietnam – Seorang lelaki di Vietnam menemui seekor lipas di dalam semangkuk mi yang dipesannya melalui khidmat penghantaran makanan dari sebuah restoran tempatan, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Penemuan lipas itu menyebabkan orang ramai meluahkan kebimbangan mereka di media sosial mengenai keselamatan dan kebersihan makanan.

“Saya sedang menikmati makanan, tetapi sekarang saya rasa ingin muntah,” tulisnya pada hantaran itu.

Netizen berusaha mencari nama restoran tersebut untuk mengelak daripada mengalami kejadian serupa.

“Restoran itu menambah ‘topping’ percuma, berkilat dan berbadan lengkap,” komen seorang netizen.

“Sila beritahu orang ramai nama restoran itu. Kita perlu mengelak mengunjunginya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI