fbpx

Ajaib! lelaki tempang ‘sembuh’ ketika kebas topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu berjalan pantas ketika melarikan diri dari lokasi kejadian. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki tempang mencuri topi keledar di kawasan parkir motosikal sebuah balai bomba, lapor laman Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @pontianak_infomedia. Kejadian berlaku di Pontianak, wilayah Kalimantan Barat kelmarin.

Seorang lelaki yang berjalan dalam keadaan tempang dilihat memasuki pekarangan balai bomba itu dengan memegang tongkat untuk membantunya berjalan.

Dia berjalan perlahan-lahan di sekeliling kawasan itu sebelum menghampiri beberapa motosikal.

Beberapa saat kemudian, dia dengan pantas menyambar sebuah topi keledar dan melarikan diri. Ketika melarikan diri,  dia bergerak seperti orang normal tanpa bantuan tongkatnya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Rupanya itu ubat menyembuhkan kaki tempang,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI