fbpx

UiTM hargai kejayaan barisan atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SAZILI (belakang, dua dari kiri) dan Raduan (belakang, tiga dari kiri) bergambar dengan para atlet UiTM yang menerima insentif kemenangan Sukan Sea Kemboja 2023. - ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukanlah ‘kubur’ bagi atlet tetapi tempat untuk menimba ilmu bukan sahaja akademik tetapi juga bidang sukan untuk melahirkan ‘thinking athlete’.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof. Dr.Mohd.Sazili Shahibi berkata, UiTM sebagai pusat pendidikan kekal komited melahirkan atlet yang bijak mengurus diri secara profesional sebelum semasa dan juga selepas pertandingan.

Menurutnya, UiTM sentiasa menjaga kebajikan barisan atletnya terutama kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama universiti dan negara di peringkat antarabangsa.

“Selain itu, UiTM akan memberikan kelebihan kepada atlet-atlet yang berjaya menyumbangkan pingat di peringkat antarabangsa dengan insentif Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan iaitu pengecualian yuran pengajian sehingga tamat belajar.

“Ia juga termasuk kemudahan kolej kediaman secara percuma bagi menunjukkan betapa seriusnya UiTM tentang menjaga kebajikan pelajar,” katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif dan Wang Saku Atlet UiTM ke Sukan SEA Kemboja 2023 di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM hari ini. 

Penyampaian insentif kemenangan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Mohd. Sazili berkata, seramai 18 atlet UiTM telah mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 dari 5 hingga 17 Mei lalu dan 11 daripadanya berjaya memenangi pingat pada temasya tersebut.

“Dua pingat emas, empat perak dan lima gangsa berjaya disumbangkan oleh para atlet. Bagi menghargai jasa mereka, UiTM bersetuju untuk memberikan insentif kemenangan kepada semua pemenang pingat pada temasya tersebut,” jelasnya.

Ganjaran yang diberikan adalah RM1,000 kepada pemenang pingat emas, RM 750 perak dan RM500 gangsa.

Selain itu, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Nur Amisha Azrilrizal turut diberi ganjaran RM1,000 selepas dinobatkan sebagai juara Kejohanan Muay Thai Dunia 2023 di Bangkok, Thailand dalam kategori 51 kilogram bawah 23 tahun wanita.

Nur Amisha adalah salah seorang atlet Muay Thai yang sepatutnya bertanding di Sukan Sea Kemboja 2023 tetapi terpaksa menarik diri kerana masalah teknikal daripada pihak penganjur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI