fbpx

Rakyat Malaysia di luar negara main peranan bangunkan Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan isteri serta delegasi Malaysia bertemu dengan rakyat Malaysia di Hanoi, Vietnam.

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan menitipkan hasrat agar rakyat Malaysia di luar negara dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan Malaysia Madani.

Perkara tersebut disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan bersama rakyat Malaysia di Hanoi, Vietnam sewaktu lawatan rasmi di sana.

“Saya berpeluang bertemu dan berdialog bersama rakyat Malaysia di Hanoi pagi ini. Saya sempat titipkan hasrat Kerajaan Perpaduan agar rakyat Malaysia di luar negara dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan Malaysia Madani.

“Ruangan ini juga saya gunakan untuk memberikan situasi terkini di Malaysia di mana Kerajaan Perpaduan akan membentangkan Naratif Ekonomi Madani yang bertindak sebagai panduan dan hala tuju kepada kementerian dan jabatan berkaitan.

“Naratif ini juga akan melaksanakan kerangka besar, umum dan disusuli dengan beberapa tiang nadi ekonomi yang akan dijelaskan secara berperingkat,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Turut sama dalam sesi dialog tersebut adalah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdyl Aziz dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Selepas pertemuan bersama rakyat Malaysia, Anwar bersama delegasi mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Rakyat Vietnam, TYT Vuong Dinh Hue.

“Saya sampaikan hasrat Dewan Rakyat Malaysia untuk mempergiatkan hubungan dengan Dewan Rakyat Vietnam bagi menggalakkan kerjasama dan persefahaman yang lebih erat menerusi dialog antara Parlimen dan pertukaran maklumat di antara kedua-dua negara.

“Saya juga nyatakan keperluan untuk Malaysia dan Vietnam terus bekerjasama dan berkongsi kepakaran dalam bidang yang dikuasai sekali gus mendapat manfaat bersama,” katanya.

Selain itu, Anwar dibawa oleh Perdana Menteri Vietnam, TYT Pham Minh Chinh untuk melawat Book Street, iaitu pusat jualan buku paling popular di Hanoi.

Beliau teruja dengan keunikan ‘perkampungan buku’ tersebut yang turut menyediakan aneka kopi Vietnam kepada pengunjung.

Seterusnya, Anwar dan delegasi Malaysia berkesempatan berkunjung ke satu-satunya masjid di Hanoi iaitu Masjid Al-Noor untuk menunaikan solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI