fbpx

Perayaan Bulan Kebangsaan bantu pulih keyakinan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (depan dari kiri) ketika pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 di Jalan Padang Kota Lama, hari ini.

GEORGE TOWN – Perayaan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang hari ini diharap dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perayaan Bulan Kebangsaan ini amat signifikan buat Kerajaan Perpaduan memandangkan ia adalah sambutan pertama buat pentadbiran di bawah tema Malaysia Madani.

“Kita harap dapat memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap negara ini sebab kita telah melalui beberapa tahun ketidakstabilan negara baik dari segi politik mahupun ekonomi.

“Sekarang kita sudah memasuki fasa pemulihan di mana perayaan Bulan Kebangsaan ini akan benar-benar memulihkan keyakinan rakyat supaya menuju ke depan demi pembangunan negara,” katanya selepas melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Pulau Pinang di Padang Kota di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 21 Jabatan Negeri, 19 Jabatan Persekutuan, 11 Agensi Negeri dan 10 Agensi Persekutuan terlibat bagi sesi penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik bermulanya kempen Bulan Kebangsaan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI