fbpx

Mahkamah: Saksi tidak `diajar’ tukar cerita kes Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng (kameja putih) ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, beliau tidak `diajar’ oleh pihak pendakwaan mahupun pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika memberi keterangan dalam dua perbicaraan melibatkan pemberian wang RM2 juta yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Bekas Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG), Azli Adam berkata, beliau juga tidak `diajar’ menipu atau menukar cerita berhubung pembayaran RM2 juta yang dikatakan diberi kepada Lim Guan Eng.

Ketika di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azli, 58, memberitahu, wang RM2 juta itu diserahkan kepada ahli perniagaan, G. Gnanaraja bertujuan menutup siasatan SPRM terhadap seorang lagi ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli.

Azli memberi keterangan pada 28 November 2019 sebagai saksi dalam perbicaraan Gnanaraja yang menghadapi tuduhan menipu Zarul Ahmad dan meminta RM19 juta supaya siasatan ditutup. Wang RM2 juta adalah sebahagian daripada RM19 juta tersebut.

Di ibu negara, bekas pegawai CZBUCG itu dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-28 pada perbicaraan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang mana mahkamah diberitahu wang RM2 juta digunakan untuk merasuah Guan Eng.

Pada prosiding hari ini, saksi berkata, selepas memberi keterangan di Shah Alam, beliau dipanggil semula oleh SPRM pada 2020 untuk membantu siasatan berhubung wang RM2 juta yang mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu.

Azli disoal bertubi-tubi oleh pihak pembelaan berhubung wang RM2 juta yang diserahkan kepada Gnanaraja, walhal wang sama didakwa diserahkan kepada Guan Eng. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI