fbpx

Jeti bot tambang retak menunggu roboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jambatan yang reput menghubungkan Jeti Lubuk Cempedak di Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

LANGKAWI – Jeti bot tambang di Lubuk Cempedak, Pulau Dayang Bunting, di sini, ibarat retak menanti belah apabila struktur jeti tersebut mula reput akibat dimamah usia.

Tinjauan di Jeti Pelancongan Pekan Rabu, di sini, mendapati, jeti tersebut digunakan oleh pelancong dan penduduk untuk berulang-alik ke pekan Kuah.

Seorang pemandu bot tambang, Muhammad Irwan Abdul Rashid, 24, berkata, keadaan jeti yang uzur itu dibimbangi akan membahayakan pengguna.

“Tiang-tiang yang menyokong jambatan yang menghubungkan jeti tersebut ke daratan sudah mula reput dan dikhuatiri roboh sekiranya tiada kerja pembaikan dilakukan.

“Jeti ini bukan sahaja digunakan penduduk, tetapi juga pelancong, kalau ada kejadian buruk terjadi, kesannya bukan sahaja pada penduduk, tetapi kepada imej pelancongan Langkawi,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Alias Basar, 39, berkata, jeti tersebut sudah berusia berpuluh tahun dan telah dinaik taraf daripada kayu kepada binaan batu semasa Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid menjadi Menteri Besar pada tahun 90-an.

“Beberapa tahun lepas ada pembaikan dibuat kerana jambatan di jeti itu kelihatan melengkung.

“Tetapi sudah lama tiada pembaikan dibuat dan struktur jeti kini sudah rosak dan perlu diganti,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Tamin, 47, berkata, selain daripada Jeti Lubuk Cempedak, Jeti Bagan Pauh yang telah roboh pada April tahun lalu juga masih belum dibaiki.

“Sekarang ini pengusaha bot tambang di Jeti Bagan Pauh terpaksa mengguna Jeti Lubuk Cempedak untuk membawa penumpang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI