fbpx

Zii Jia alami kekalahan sulung bawah Tat Meng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus dirundung malang selepas tersingkir di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea di Yeosu hari ini.

PETALING JAYA – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berdepan aksi mengecewakan selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea yang berlangsung sebentar tadi.

Bekas juara Seluruh England (All England) itu ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan Jelajah Dunia Super 500 tersebut selepas tewas 15-21, 21-18, 17-21 kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long.

Apa yang menarik, pada perlawanan itu, Ka Long dibimbing oleh bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann manakala Zii Jia pula dikemudi bekas jurulatih Hong Kong, Wong Tat Meng.

Selain itu, keputusan tersebut menyaksikan Zii Jia tersingkir di pusingan pertama buat kali ketiga berturut-turut selepas turut mengalami nasib sama pada Terbuka Indonesia dan Terbuka Singapura.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan ketiga Zii Jia kepada Ka Long musim ini selepas turut tewas ketika beraksi pada Indonesia Masters serta Kejohanan Badminton Asia di Dubai.

Terbuka Korea adalah kejohanan pertama Zii Jia sejak dia mengumumkan mahu menggantung raket buat seketika bulan lalu sebaik sahaja tersingkir di pusingan pertama Terbuka Indonesia.

Turut tersingkir di pusingan pertama hari ini adalah perseorangan lelaki kebangsaan, Leong Jun Hao selepas akur dengan kekalahan straight set 10-21, 14-21 kepada bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong memastikan tempat ke pusingan kedua esok selepas mudah menewaskan pemain India, Mithun Manjunath 21-11, 21-4 dalam tempoh 28 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI