fbpx

Sanusi jejaka Malaya paling glamor – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (gambar) ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

 

SEBERANG PERAI – Ketaasuban penyokong Perikatan Nasional (PN) yang menggambarkan tangkapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor menyamai situasi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 disifatkan mengarut.

Timbalan Presiden PKR , Rafizi Ramli menegaskan situasi Muhammad Sanusi ternyata berbeza kerana beliau hanya ditahan sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pendakwaan.

“Saya pun pernah buat kerja sebagai pembangkang, kona-kona (pusing-pusing) mesti masuk soal Sanusi sebab beliau jejaka Malaya paling glamor. Sanusi tak masuk lokap pun, beliau kena tahan dan kena dakwa tapi disamakan dengan Anwar masa tahun 1998, lainlah kalau ada orang sepak terajang beliau.

“Kecoh kononnya orang-orang dalam Kerajaan Perpaduan ni takut dengan Sanusi sampai beliau kena tangkap pukul 3 pagi dan kena dakwa,” katanya ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi turut menasihati Pengarah Pilihan Raya PN itu supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dibimbang akan merasai peluang ‘mandi bogel’ di dalam lokap.

“Saya sendiri pernah keluar masuk lokap dan paling lama pernah duduk lima hari di dalam. Kalau beliau tidak jaga mulut dan kena tahan sekali lagi, pesan saya jangan mandi sebab kalau nak mandi, kena bogel. Masuk lokap empat lima hari, kalau tidur tak ada masalah, kita gemuk jadi kalau kurang makan tak apa, tapi bab mandi ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, tiada ahli politik dalam PKR ditangkap atau didakwa atas kesalahan menghina institusi diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI