fbpx

Pita Limjaroenrat digantung sebagai Ahli Parlimen Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pita duduk di dalam Parlimen Thailand ketika perbincangan diteruskan sebelum pusingan kedua undi parlimen untuk melantik perdana menteri negara itu di Bangkok hari ini. - AFP

BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat di Dewan Rakyat bagi membicarakan kes yang boleh menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Mahkamah bersetuju untuk membicarakan satu kes berkaitan pemilikan saham Pita dalam sebuah syarikat media yang tidak disiarkan sejak 2007. 

Di bawah undang-undang Thailand, Ahli Parlimen dilarang daripada memiliki saham dalam syarikat media.

Ahli-ahli Mahkamah Tinggi Thailand dengan keputusan undian 7-2 menyokong petisyen Jawatankuasa Pilihan Raya dengan berkata: “Pita mesti digantung peranannya mulai 19 Julai sehingga Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan.”

Mengikut undang-undang negara itu, Pita masih layak bertanding sebagai calon Perdana Menteri tetapi beliau mesti meninggalkan Dewan Rakyat dan tidak dapat mengundi kerana hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Perkembangan itu berlaku ketika Pita menjalani pusingan kedua pengundian untuk memilih Perdana Menteri Thailand di Parlimen negara itu hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI