fbpx

Kita tunggu Guan Eng dan yang lain pula – Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng (kiri), Akmal

PETALING JAYA – “Kita tunggu (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng dan yang lain juga selepas ini.”

Demikian reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung pertuduhan mahkamah dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Ujar beliau, tiada ruang kepada mana-mana individu di negara ini yang sesuka hati mempermainkan isu 3R iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race)

“Tidak kira apa sekalipun warna parti, sama ada kerajaan mahupun pembangkang anda tidak boleh terkecuali. Supaya ia menjadi pengajaran kepada semua pemimpin dan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kenyataan Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa membuat kenyataan ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI