fbpx

Kedutaan Jepun dimaklumkan tentang dasar Pas – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kiri) ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Duta Jepun ke Malaysia semalam.

PETALING JAYA – Kedutaan Jepun di Malaysia telah dimaklumkan mengenai dasar Pas kepada rakyat bukan Islam di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dasar itu mampu mengikis tanggapan negatif masyarakat umum terhadap Pas.

“Saya berkesempatan memberikan sedikit gambaran tentang hala tuju politik Pas serta politik Islam. Saya juga berkongsi tentang dasar Pas.

“Alhamdulillah Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko sangat gembira dengan maklumat ini dan beliau menegaskan bahawa hubungan baik antara dua negara ini yang sekian lama terjalin akan terus dipelihara pada masa kini dan akan datang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Tuan Ibrahim memaklumkan beliau melakukan kunjungan hormat terhadap Duta Jepun ke Malaysia semalam.

Menurutnya, mereka bertukar pandangan mengenai senario politik semasa di Malaysia serta perkembangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI