fbpx

Chelsea sedia selamatkan Harry Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE dilucutkan jawatan kapten United menyebabkan masa depannya bersama kelab itu semakin kelam. - AFP

LONDON – Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain pada jendela perpindahan kali ini selepas dilucutkan dari jawatan kapten.

Walaupun Maguire menegaskan dia akan terus berkhidmat untuk United, namun tidak mustahil sekiranya bekas pemain Leicester City itu meninggalkan Old Trafford selepas menarik minat beberapa kelab.

Antara pasukan yang sedia untuk melakukan bidaan terhadap pemain antarabangsa England itu adalah juara Eropah dua kali, Chelsea yang mahu memperkasakan benteng pertahanan mereka menjelang saingan musim baharu.

The Blues memerlukan pemain pertahanan baharu selepas melakukan jualan besar-besaran baru-baru ini termasuk melepaskan Kalidou Koulibaly ke Al-Hilal serta kapten, Cesar Azpilicueta yang menyertai Atletico Madrid.

Difahamkan, United sedia melepaskan Maguire sekiranya mana-mana kelab menawarkan £50 juta (RM296.88 juta) memandangkan dia dianggap sebagai liabiliti buat pasukan pada ketika ini.

Meskipun pemain berusia 30 tahun itu dianggap tidak memiliki reputasi cukup baik bersama United, namun dia dijangka mampu mendapatkan semula prestasi sebenar sekiranya meninggalkan United.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino dikatakan salah seorang ‘peminat’ kepada pemain itu dan pernah cuba mendapatkan Maguire ketika beliau membimbing Tottenham Hotspur tujuh tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI