fbpx

Langgar lampu merah, pemandu lori maut kemalangan 6 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dipandu Zhuo Sheng setelah terlibat dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 45.5 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat di persimpangan lampu isyarat Kampung Sinar Harapan, Pekan Nanas, Pontian hari ini

 

PONTIAN – Tindakan pemandu sebuah lori melanggar lampu isyarat merah menyebabkan seorang pemuda maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 45.5 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat berhampiran persimpangan Kampung Sinar Harapan, Pekan Nenas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Tan Zhuo Sheng, 27.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah lori gagal berhenti dilampu isyarat lalu melanggar lori yang dipandu oleh Zhuo Sheng sebelum lorinya hilang kawalan dan melanggar empat lagi kenderaan di hadapannya.

“Akibatnya, mangsa tersepit dan mengalami kecederaan pada bahagian dada serta kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kelindan lori yang menaiki lori bersama mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Pontian (HP) untuk rawatan lanjut.

“Manakala pemandu yang melanggar lori mangsa dan kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kejadian disebabkan kecuaian pemandu lori di belakang yang telah melanggar lori mangsa yang berada di hadapan,” ujarnya di sini hari ini.

Mohammad Shofee,  pemandu lori ditangkap dan telah diambil percakapan sebelum dibebaskan dan kes disiasat dibawah Sek. 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI