fbpx

58 laporan polis berhubung ucapan 3R MB Kedah – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 laporan polis diterima berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menyentuh isu 3R (raja,bangsa,agama).

Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara laporan polis diterima daripada Ahli Dewan Diraja Selangor terhadap ucapan yang dibuat pemimpin Pas berkenaan.

Kata beliau, tindakan diambil terhadap Sanusi berikutan ucapannya dipercayai menyentuh hal kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu berbanding ucapan individu lain yang turut menyentuh isu 3R.

“Kes mereka sama (3R), tetapi kita perlu lihat secara holistik kerana melibatkan DYMM Yang di-Pertuan Agong, DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Selangor dan Ahli Dewan Diraja Selangor.

“Kalau dibiarkan seperti ini, sembilan Raja-Raja Melayu akan dihina,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Berhubung siasatan 3R membabitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Razarudin memberitahu, siasatan terhadap kedua-dua inidividu itu hampir lengkap.

“Siasatan mereka telah lengkap 70 peratus dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara semalam,” katanya.

Pagi tadi, Muhammad Sanusi mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut dalam satu ceramah minggu lalu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd. Shalleh.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh, manakala peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud bertindak sebagai peguam Muhammad Sanusi.

Mahkamah membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu dengan dua penjamin yang berlainan dan tertuduh tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober ini sebagai sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI