fbpx

Luahan Pembaca: Bebaskan pelajar daripada tekanan kejar A dalam peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAHAP prestasi pelajar di negara ini dinilai menerusi sistem berorientasikan peperiksaan. – GAMBAR HIASAN

Saudara pengarang,

Sesuai dengan zaman moden kini, kerajaan boleh mempertimbang untuk memansuhkan semua peperiksaan termasuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pada Jun 2021, Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Proses pemansuhan peperiksaan utama ini dapat membebaskan sistem pendidikan dan pelajar daripada sistem berorientasikan peperiksaan. Kita tidak boleh lagi melaksanakan proses penilaian berasaskan peperiksaan bagi menilai tahap prestasi pelajar.

Kita juga tidak perlu memberi tekanan mental dan emosi kepada pelajar untuk sentiasa siap sedia menghadapi proses peperiksaan yang banyak menitikberatkan hafalan.
Dengan pemansuhan itu, ia akan dapat mengurangkan tekanan ibu bapa.

Persoalan utama,a sampai bila kita harus kekalkan sistem berorientasi peperiksaan? Zaman kini sudah berubah, banyak aspek kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai selain teori dan akademik.

Sudah tiba masanya rakyat mengubah minda, kejayaan mendapat A dalam peperiksaan tidak bermakna individu itu berjaya dalam hidup. Mereka yang gagal mendapat A juga boleh berjaya dalam kehidupan.

Jadi kerajaan khususnya KPM perlu mengambil langkah berani dan drastik bagi memansuhkan sepenuhnya semua jenis peperiksaan di negara ini.

KPM boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan itu. Pakar guru badan bukan kerajaan boleh dilibatkan dalam jawatankuasa ini.

Apapun keputusan yang mahu diambil kelak ia perlu mengambil kira suara pelajar kerana mereka yang akan menerima kesan atas tindakan yang hendak diambil.

Dr. Muzaffar Syah
Nilai, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI