fbpx

Guna pendekatan ‘middle power’ berdepan cabaran geopolitik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri bercakap ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya hari ini.-Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Malaysia perlu mengambil pendekatan sebagai sebuah negara berkuasa tengah (middle power) atau tanpa berpihak dengan mempunyai polisi yang pragmatis dalam mendepani cabaran geopolitik dunia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, dasar-dasar berkecuali Malaysia adalah sangat mustahak supaya ia tidak dilihat sebagai sebuah negara yang terlalu condong ke kanan atau kiri.

“Kita tidak boleh nafikan kedudukan Malaysia berada di kawasan paling strategik ketika bercakap tentang persaingan antara kuasa-kuasa besar.

“Kita juga perlu mengetahui tentang Malaysia berada di kawasan perairan yang sangat sibuk iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka. Tentunya dengan kedudukan Malaysia yang begini, ia berada di posisi yang sangat penting.

“Malaysia perlu mempunyai polisi pragmatis dengan melihat semua keadaan yang berlaku dan keduanya kita perlu mengambil pendekatan bagaimana untuk meletakkan Malaysia sebagai kuasa yang berada di tengah-tengah,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP) Bil. 2/2023 di Wisma Putra hari ini.

Selain hal ehwal geopolitik, Zambry berkata, mesyuarat juga membincangkan mengenai topik kedudukan ekonomi dunia berkait dengan perkembangan yang berlaku di seluruh negara.

Tambahnya, ahli menganggotai mesyuarat turut membincangkan secara mendalam mengenai cabaran semasa selain pendekatan perlu dilakukan Malaysia dalam menangani isu terkini termasuk pembentangan dikemukan oleh pakar-pakar berkaitan dua topik utama berkenaan.

“Antara cabaran besar kita lihat projeksi tentang ekonomi di masa kini dan masa akan datang dalam tempoh terdekat, ianya dibentangkan daripada segi kedudukan, pertembungan ekonomi, kuasa ekonomi termasuk kesan daripada China dan Amerika Syarikat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI