fbpx

Alasan Glazer mahu kekal berkuasa di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AVRAM (kanan) dan Joel yang menguasai United ketika ini dilapor bersedia untuk mengubah pendirian menjual pemilikan kelab itu dan meneruskan kuasa mereka. – AFP

MANCHESTER – Spekulasi penjualan pemilikan kelab Manchester United memasuki fasa baharu apabila pemiliknya, keluarga Glazer dilaporkan menukar fikiran dan berkemungkinan tidak akan meneruskan hasrat melepaskan pegangan mereka.

Proses penjualan kelab itu sebelum ini sudah berjalan untuk tempoh lapan bulan melibatkan pertarungan sengit antara dua bilionair, Sir Jim Ratcliffe dan Sheikh Jassim bin Hamad Al-Thani, namun tiada tanda-tanda ia menemui noktah.

Laporan The Athletic menyebut, berkemungkinan terdapat empat faktor yang menyebabkan keluarga Glazer mengubah pendirian mereka untuk terus kekal berkuasa biarpun mendapat desakan hebat daripada penyokong The Red Devils.

Pertamanya, keluarga Glazer mungkin tidak bersetuju untuk menjual kelab itu kerana semua pembida yang berminat gagal untuk memenuhi permintaan jualan ketika mereka meletakkan harga minimum sebanyak £6 bi­lion (RM35.55 bilion).

Selain itu, perubahan format dalam saingan Liga Juara-Juara dan pengenalan pertandingan baharu, Piala Dunia Kelab me­yakinkan keluarga Glazer untuk terus mengekalkan kuasa mereka di Old Trafford.

“Format saingan Liga Juara-Juara musim 2024/25 akan ber­ubah apabila Liga Perdana Inggeris akan mendapat slot yang lebih dalam saingan itu menyebabkan peluang United untuk beraksi menjadi lebih besar dan mendapat lebih banyak wang.

“Pada hujung musim baharu nanti juga, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan memperkenalkan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat melibatkan 12 slot pasukan dari Eropah,” jelas laporan tersebut.

Pengenalan saingan Piala Dunia Kelab menjadi asas kepada alasan keempat keluarga Glazer enggan melepaskan pemilikan mereka kerana ia melibatkan potensi menjana keuntungan besar menerusi hak penyiaran.

“Syarikat teknologi gergasi, Apple dan beberapa lagi pemain gergasi industri dilaporkan sudah bersedia untuk membuat pelaburan besar yang pastinya memberikan keuntungan kepada kelab yang bersaing,” tambah kenyataan itu lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI