fbpx

Pekerja kedai langsir perkosa remaja 13 tahun didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH berusia 27 tahun (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun, minggu lalu.

MUAR – Seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual tanpa kerelaan remaja perempuan berusia 13 tahun, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa merogol mangsa dalam kereta jenis Proton Persona pada pukul 8 hingga 9.30 malam di hadapan kedai makan di sebuah flat di Kluang dekat sini.

Lelaki itu juga dituduh melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa dan melakukan amang seksual di tempat dan lokasi sama.

Bagi kesalahan rogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimun 30 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan amang seksual, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Danial memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan tersebut merupakan satu jenayah berat dan serius.

Hakim menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI