fbpx

Bella Astillah, Didi pakai baju tak cukup kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Bella dan adiknya, Didi Astillah yang dikatakan pakai baju tak cukup kain.

ADA sahaja yang tidak kena di mata netizen, itu salah, ini salah. Perkongsian video pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama adiknya, Didi Astillah telah menarik perhatian pengguna Instagram yang kurang senang dengan penampilan mereka.

Biarpun ada yang memuji Bella kelihatan seperti anak dara walaupun bergelar ibu kepada dua cahaya mata, namun netizen kurang berkenan dengan pakaian sedondon yang digayakan bersama adiknya itu. Kata netizen, baju yang dipakai mereka terlalu kecil macam tak cukup kain, lebih-lebih lagi apabila Didi dilihat menggayakan baju potongan ‘crop top’ sehingga menampakkan bahagian perutnya.

“Kenapa pakai baju tak cukup kain?” tegur seorang pengguna Instagram.

“Tak ada baju yang kecil lagi ke?” sindir seorang lagi netizen.

Boleh tak Diva nak jadi batu api sikit? Itulah yang dinamakan fesyen. Orang yang buta fesyen sahaja tidak tahu bergaya.

Bukannya sampai tahap telanjang pun. Bawa bertenang semuanya ya.

DIVA: Ramai tertanya-tanya kenapa Anugerah Bintang Popular kali ini buat di Istana Budaya. Lama tak naik Genting!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI