fbpx

[VIDEO] Dua kedai hangus terbakar di PPR Pantai Ria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kedai makan yang musnah terbakar di PPR Pantai Ria, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai runcit dan kedai makan serta beberapa kenderaan hangus dijilat api dalam kebakaran di blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di Pantai Dalam di sini, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 4 petang.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Wan Shahrir Azizi Wan Said berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh bersama dua jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai runcit dan sebuah kedai makan di blok B PPR tersebut.

“Selain itu, kebakaran turut melibatkan kereta jenis Nissan Sentra, sebuah van dan satu motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Shahrir Azizi berkata, kesemua premis terbabit terbakar 100 peratus dengan keluasan 49 meter persegi.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI