fbpx

Pecahkan monopoli konsortium feri Langkawi, tambah baik mutu perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERI merupakan salah satu pengangkutan utama buat pelancong yang mahu berkunjung ke Pulau Langkawi. – GAMBAR HIASAN/ SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) meminta kerajaan supaya memecahkan monopoli dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan feri Langkawi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LTA, Zainudin Kadir, pihaknya beranggapan ia merupakan langkah tepat untuk menambah baik perkhidmatan feri ke pulau peranginan tersebut.

“Penubuhan konsortium pe­ngusaha feri sejak tiga tahun lalu hanya mewujudkan monopoli.

“Pecahkan monopoli konsortium untuk mewujudkan persai­ngan, maka pengusaha feri akan berlumba untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan faedahnya dapat dinikmati oleh orang ramai.

“Saya percaya kerajaan mempunyai kuasa. Dulu situasi se­perti ini tidak pernah berlaku, ba­yangkan daripada 10 kini tinggal lima perjalanan dengan pelbagai alasan diberikan. Sebelum ini masalah selut, tapi saya percaya sudah selesai, namun jadual feri masih tidak berubah,” kata­nya ketika dihubungi semalam.

Zainudin menambah, pihak­nya tidak menafikan masalah kemerosotan pelancong turut memberi kesan kepada pengusaha hotel tiga bintang ke bawah.

“Contohnya di Kuah, hotel le­ngang walaupun pada waktu puncak. Kemasukan hanya 30 hingga 45 peratus berban­ding sehingga 75 peratus, malah 100 peratus. Bagaimana pengusaha mahu teruskan perniagaan?” soalnya.

Hotel mewah terutama kate­gori empat bintang ke atas tidak berdepan masalah di­sebabkan kemasukan pelancong golongan berpendapatan sederhana hingga tinggi dan rakyat asing.

“Kita sasar pelancong sehingga Disember ini seramai 3.5 juta orang. Mungkin sukar dicapai apabila dijangka berlaku penurunan kepada 2.8 juta pelancong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI