fbpx

Kematian Dea Maisarah mula disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dea Maisarah.

SHAH ALAM – Polis Selangor telah memulakan siasatan berhubung kematian Dea Maisarah Bada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini selepas pihaknya menerima laporan yang masing-masing dibuat pihak hospital dan bapa mangsa terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut.

Katanya, kejadian itu juga telah tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Siasatan itu dijalankan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak- Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ia akan dilakukan secara terperinci, menyeluruh, adil dan saksama terhadap aduan kedua-dua belah pihak iaitu hospital dan penjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan polis tidak pernah menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes itu.

Justeru, kata Hussein, pihaknya menyeru orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian tersebut.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Natalie anak Allin ditalian 03-55145222 atau 019-6422985,” jelasnya.

Kes kematian kanak-kanak itu tular di media sosial termasuk dakwaan kanak-kanak terbabit lewat diberi rawatan sehingga terpaksa menunggu lebih 40 minit dalam keadaan sesak nafas.

Turut tular adalah surat kematian seorang kanak-kanak itu yang dikatakan mati ketika dibawa ke HTAR walaupun mangsa sempat menerima rawatan di hospital berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI