fbpx

Hantaran peminat seksi Piala Dunia diharamkan di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Ivana Knoll pada pertandingan bola sepak Piala Dunia di Qatar pada tahun lalu. - Goal.com

ZAGREB, Croatia – Peminat wanita seksi semasa pertandingan bola sepak Piala Dunia di Qatar tahun lalu berasa dirinya terlalu seksi apabila hantaran baharunya di laman Instagram diharamkan, lapor portal berita Daily Star semalam.

Ivana Knoll, 30, popular selepas dilihat memakai pelbagai pakaian menarik mengikut warna bendera Croatia sepanjang pertandingan itu yang turut melibatkan skuad bola sepak Croatia.

Sejak itu, dia terus menangkap imaginasi peminat di seluruh dunia. Ivana turut muncul bersama selebriti berprofil tinggi di pelbagai acara sukan dan bergambar sambil memakai bikini di media sosialnya.

Penampilan Ivana membantunya mengumpulkan 3.3 juta pengikut di laman Instagram.

Pada minggu ini, wanita berambut coklat itu menyiarkan satu lagi klip video memaparkan dia memakai bikini dan berenang di laut.

Knoll memberi kapsyen: “Terlalu ‘panas” (seksi) untuk Instagram.” 

Kapsyen itu disertai dengan wajah ketawa dan ayat: “Disekat pada setiap minggu.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI