fbpx

Kerajaan bakal perkenal susu formula harga Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (dua dari kiri) semasa merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut, Tumpat hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

TUMPAT – Kerajaan akan memperkenalkan susu formula kanak-kanak pada harga Rahmah dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, susu tepung itu akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas kerajaan menerima sebut harga daripada pihak pengeluar.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengadakan sesi libat urus bersama pengeluar dan menerima maklum balas positif daripada pihak terbabit.

“Kerajaan ketika ini sedang menunggu harga yang ditawarkan oleh pihak pengeluar susu formula kanak-kanak selepas sesi libat urus dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, KPDN sedia berunding dengan pengeluar susu formula kanak-kanak bagi menangani isu kenaikan harga yang didakwa meningkat sejak kebelakangan ini.

Sesi libat urus mengenai perkara tersebut akan dilakukan secepat mungkin agar susu formula pada harga Rahmah dapat dijual kepada pengguna.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI