fbpx

RM800,000 peruntukan tukun tiruan di perairan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Faiz Fadzil (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 30 nelayan B40 daripada PNK Kuantan pada majlis ramah mesra Madani Pengerusi LKIM di Pasar Nelayan LKIM Balok, Kuantan.

KUANTAN – Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 bagi melabuhkan tukun tiruan di perairan negeri ini.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kerja-kerja melabuhkan tukun tiruan itu akan dilakukan dalam masa terdekat di perairan daerah Kuantan, Rompin dan Pekan.

“Tukun sebenarnya di bawah Jabatan Perikanan tetapi untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan dan kita pun ada keluarkan sedikit peruntukan.

“Kita telah luluskan RM800,000 bagi negeri Pahang dan meletakkan tukun di kawasan yang kita pilih ini,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis ramah mesra Madani Pengerusi LKIM bersama nelayan negeri Pahang di Pasar Nelayan LKIM Balok, di sini, semalam.

Sempena program itu seramai 30 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan menerima bantuan peralatan menangkap ikan berupa seunit tong ikan berinsulasi, dua unit pukat kaya dan 100 unit pelampung dengan nilai keseluruhan sebanyak RM17,000.

Penerima terbabit merupakan antara 117 penerima bagi seluruh negeri Pahang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM250,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI