fbpx

Penganggur miliki dua bini ditahan bawa ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHOKRI menunjukkan ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja di IPD Padang Besar, hari ini.

PADANG BESAR – Seorang penganggur mempunyai dua isteri ditahan selepas dipercayai mengedar dadah jenis ganja dalam serbuan berhampiran inap desa di Kampung Kubang Tiga di sini semalam.

Suspek berusia 26 tahun diberkas dalam Op Tapis Khas Semalaysia sewaktu sedang menunggang motosikal pada pukul 2.45 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, suspek turut dikehendaki bersabit Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pemeriksaan terhadap motosikal bernombor pendaftaran negara jiran itu menemukan dua ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat dua kilogram.

“Dadah tersebut diletakkan di bawah tempat duduk skuter jenis Honda Moove berwarna merah yang ditunggang suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar di sini hari ini.

Tambahnya, polis melakukan intipan selama dua minggu dan maklumat turut mendapati ini kali ketiga lelaki itu membawa masuk dadah untuk kegunaan setempat sepanjang tahun ini.

Difahamkan, suspek juga mempunyai isteri yang tinggal di Malaysia manakala seorang lagi menetap di negara jiran. Lelaki itu kerap menghabiskan masa di luar negara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI