fbpx

Jenazah bapa mentua Azhar Sulaiman, Pahamin Rajab selamat dikebumikan di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT hari selepas menghembuskan nafas terakhir lada 9 Julai lalu, jenazah Pahamin Rajab kini selamat dikebumikan.

PETALING JAYA – Pelakon Azhar Sulaiman memaklumkan, jenazah bapa mentuanya, Allahyarham Datuk Pahamin Rajab telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chiqwell, London, England, pada semalam (waktu London).

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Azhar menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Assalamualaikum semua. Saya ingin memaklumkan urusan pengebumian arwah bapa mentua saya, Allahyarham Datuk Pahamin Rajab telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Chiqwell, London.

“Semoga Allah SWT akan mencucuri Rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman,” ujarnya.

Dalam video yang dikongsikan itu juga, Azhar, 51, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang menghadiri upacara pengebumian tokoh korporat ternama itu.

“Terima kasih kepada mereka yang dapat hari ke majlis pengebumian hari ini. Itu sahaja,” katanya.

Allahyarham Pahamin yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis konvokesyen cucunya, Rees Andika Pahamin pada 9 Julai lalu.

Sebelum ini, arwah yang meninggal dunia pada usia 77 tahun pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI