fbpx

Digosipkan bercinta, Erysha akui sedang kenal hati budi Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Erysha Emyra kini dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan Hun Haqeem.

PETALING JAYA – Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama aktor kacak Hun Haqeem, pelakon baharu Erysha Emyra tidak menafikan mereka sedang saling mengenali hati budi.

Bergandingan dalam bersiri Chinta Wrong Direction, Erysha bagaimanapun enggan keakraban yang terjalin antara mereka disalah sangka, bukan sebagai kekasih namun teman kepala.

Pemilik nama lengkap Nur Erysha Emyra Zakaria itu berkata, pergaulan selama berbulan-bulan berada di set penggambaran menjadi antara faktor hubungan mesra mereka untuk saling bercerita pengalaman suka-duka menjadi anak seni.

“Ya, kami memang sedang mengenal hati budi masing-masing sebab kami rapat kerana telah berbulan-bulan bekerja bersama-sama.

“Tetapi, hakikatnya kami tiada apa-apa hubungan selain selesa berkawan rapat buat masa ini macam dengan pelakon lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam masa sama, anak perempuan dramatis popular, Datin Seri Noniswara itu sekadar tertawa diusik mengenai keserasian bersama pelakon berusia 25 tahun itu sehingga ada peminat mendoakan jodoh merek berpanjangan tidak hanya dalam drama lakonan.

“Memang ada orang ‘kenenkan’ kami berdua dan sekali lagi saya maklumkan bahawa saya dan Hun tiada apa-apa,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, ramai yang mendakwa Erysha menjalinkan hubungan cinta bersama Hun apabila mereka dilihat mempunyai keserasian dalam Chinta Wrong Direction.

Sementara itu, Hun dalam lapran terdahulu Kosmo! mengakui selesa berada dalam fasa solo untuk memberikan banyak waktu bersama keluarga dan diri sendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI