fbpx

UMT bantu tingkat sektor pertanian Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (hadapan, dua dari kiri) dan Stephen Rundi (kanan) bertukar dokumen MoU kerjasama dalam bidang pertanian Sarawak di UMT, Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) bagi meningkatkan sektor pertanian di negeri tersebut.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kerjasama itu turut melibatkan usaha menaik taraf bidang pertanian, keterjaminan makanan, perladangan dan agro bisnes di Sarawak.

“Ia pendekatan bagi memperkasakan lagi agenda Keselamatan Makanan Negara demi kelestarian sumber makanan kebangsaan.

“UMT memiliki kepakaran dalam bidang perikanan, akuakultur dan pertanian yang boleh dimanfaatkan oleh JPS,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau mewakili UMT menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung kerjasama itu dengan JPS yang diwakili Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Anak Utom.

Mazlan berkata, kerjasama tersebut dijangka mengetengahkan beberapa inisiatif baharu yang akan memberi nilai tambah bagi sektor pertanian, perladangan dan penternakkan di Sarawak.

Tambah beliau, kerjasama berkenaan juga tidak terhad terhadap penyelidikan semata-mata malah bakal memberi ruang kepada kakitangan JPS untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Sementara itu, Stephen Rundi berkata, kerjasama dengan UMT penting dalam melengkapkan ekosistem bekalan makanan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI