fbpx

SJMC lancar sistem ‘Connected Care’, pantau pesakit terus dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Byran Lin (dua dari kanan) sewaktu Majlis Pelancaran 'Connect Care' SJMC di Subang Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) telah memperkenalkan ‘Connected Care’ iaitu satu sistem penjagaan secara jarak jauh yang menghubungkan pakar perubatan dan pesakit secara terus ke rumah.

Menerusi sistem pertama di Malaysia ini, pesakit boleh mengakses penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi pemantauan jarak jauh oleh pakar perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SJMC, Bryan Lin berkata, sistem dibangunkan hasil kerjasama Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) iaitu satu insiatif oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, menerusi inovasi itu, SJMC akan mengubah sistem rawatan pesakit yang sebelum ini di hospital terus ke rumah.

“Ekosistem yang inovatif ini diperluaskan susulan perkhidmatan sedia ada SJMC iaitu HomeConnect dan TeleConnect serta merangkumi enam bidang penjagaan dengan perkhidmatan terkini iaitu SeniorConnect.

“Perkhidmatan ini khusus untuk memenuhi keperluan pesakit warga emas berusia 65 tahun dan ke atas yang mungkin tinggal berjauhan daripada orang yang tersayang, dengan sokongan penjaga.

“Menerusi perkhidmatan ini, profesional penjagaan kesihatan boleh merekod dengan tepat dan memantau tanda-tanda penting individu secara teliti serta menghantar bantuan segera sekiranya ia diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Bryan Lin berkata, menerusi pelancaran Connected Care itu juga pihaknya turut merevolusikan kaedah penyampaian penjagaan kesihatan sekali gus memperkasakan pesakit menerusi akses kepada penjagaan profesional dengan harga berpatutan di kediaman mereka sendiri.

“Sistem pemantauan jarak jauh yang serba maju ini juga akan memastikan warga emas menerima penjagaan dan perhatian sewajarnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI