fbpx

[VIDEO] ‘Baliklah Putri Nur Fatin, ramai sedang menunggu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengguna media sosial yang mendoakan agar mangsa segera ditemui.

PETALING JAYA – Usaha pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hampir memasuki hari ke-10.

Bagaimanapun, setakat ini usaha tersebut masih lagi buntu walaupun SAR telah diperluaskan sehingga puluhan kilometer dari lokasi kejadian.

Rentetan itu, ramai rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa, Putri Nur Fatin, 14, mendoakan agar dia cepat ditemui.

Antara yang mendoakan mangsa adalah termasuk seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Enoy.

“Doakan mangsa terakhir tragedi kepala air, Putri Nur Fatin cepat ditemui, warga Felda Lepar Hilir 3 menunggu,”katanya.

Turut mendoakan adalah seorang lagi pengguna media sosial dikenali sebagai Noor Hairani Ahmad.

“Sama-sama kita pohon padaNya agar mangsa korban terakhir, arwah Putri Nur Fatin Karim, 14 tahun, agar segera ditemui.

“Semalam (7 pagi, 8 Julai Sabtu) dah selamat dikebumikan arwah Muhammad Fikri, 24 tahun,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna TikTok dikenali Nuur Al sebagai juga mendoakan agar mangsa terakhir itu ‘pulang’ segera.

“Baliklah dik, ayah, mak, adik beradik dah tunggu tu,” luahnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, hasrat 10 sekeluarga untuk berkelah di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman bertukar tragedi apabila mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air minggu lalu.

Sehingga kini, sembilan daripada 10 mangsa yang hilang telah ditemui dan usaha SAR mangsa terakhir, Putri Nur Fatin masih giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.-KOSMO! ONLINE.

@kamsiahabdhamid♬ bunyi asal – enoy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI