fbpx

Keluarga tidak putus berdoa, harap Putri Nor Fatin ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar di Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – “Selagi tidak dapat (jumpa mangsa) selagi itu kami sekeluarga akan melakukan solat hajat dan tidak putus berdoa,” kata datuk seorang lagi mangsa kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu yang masih belum ditemukan sehingga kini.

Eiyi Johari, 60, berharap agar cucunya, Putri Nor Fatin Karim, 14, yang merupakan mangsa kesepuluh kejadian terbabit ditemukan segera.

“Selagi tidak jumpa, selagi itu kami akan terus melakukan solat hajat, ahli keluarga juga akan bergilir ke lokasi kejadian.

“Hari ini ada seorang cucu berada di sana, mungkin esok saya dan anak juga akan ke sana bagi melihat keadaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, nenek mangsa, Halimah Kasim, 63, berkata, mereka sekeluarga berharap cucunya itu dapat ditemukan untuk disemadikan bersama ahli keluarganya yang lain.

“Kalau boleh saya nak cucu saya itu ditemui segera supaya kami dapat bawa balik dan kebumikannya bersama ibu, ayah dan adik beradiknya,” katanya.

Sementara itu Halimah berkata, mereka sekeluarga berasa terharu dan sebak atas kesudian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi mencemar duli melawat mereka.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 itu disambut ahli keluarga mangsa selain baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa.

Baginda turut turut berkenan untuk bersama di dalam majlis tahlil yang diadakan yang turut dihadiru sekitar 300 penduduk Felda Lepar Hilir 3 di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI