fbpx

UMNO, BN hanya perlu ahli setia – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap di Minggu Usahawan Negara dan Minggu PMKS 2023 Peringkat Kebangsaan bertemakan Sokong Lokal, Sokong PMKS di Dataran Merdeka, hari ini.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) hanya memerlukan pemimpin dan ahli yang setia.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan BN cuma memerlukan pemimpin dah ahli seperti itu untuk berada dalam parti berkenaan.

Justeru, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya ucapkan selamat maju jaya. Kita hanya perlukan ahli dan pemimpin yang setia saja berada dalam UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Minggu Usahawan Negara dan Minggu PMKS 2023 Peringkat Kebangsaan bertemakan Sokong Lokal, Sokong PMKS di Dataran Merdeka.

Mengulas cadangan seorang pemimpin Pas supaya MCA dan MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid yakin kedua-dua parti berkenaan akan kekal bersama BN.

Ujar beliau, tawaran atau cadangan seperti itu akan dilakukan oleh lawan BN setiap kali pilihan raya diadakan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan serangan ke atas Lim Guan Eng berhubung kenyataan Pengerusi DAP itu mengenai gelombang hijau merupakan satu pembunuhan karakter.

“Saya baca laporan itu. Ia berlaku beberapa lama yang sudah. Hendak memburukkan nama Lim Guan Eng. Kalau berbeza politik elok dengan akhlak politik yang baik, jangan lakukan pembunuhan karakter,” katanya.

Semalam, Guan Eng menafikan mengeluarkan kenyataan ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Bekas Menteri Kewangan itu dipetik berkata, ucapan beliau dalam bahasa Mandarin diputarbelitkan oleh pihak tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI