fbpx

Nasihin tidak keberatan lepaskan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN yang tidak terpilih ke ACT diberikan ruang untuk menyertai skuad dalam dewan menghadapi Piala Tuanku Zara di Ipoh pada November depan.

KETUA jurulatih skuad hoki wanita senior negara, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim menyokong sepenuhnya penganjuran Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara 2023 di Ipoh, Perak pada November depan.

Nashin percaya ia akan memberi banyak manfaat kepada barisan pemain walaupun ketika itu dikatakan bakal bertembung dengan tarikh penganjuran Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di Ranchi, India.

Namun, Nasihin langsung tiada masalah, sebaliknya bersedia melepaskan pemain-pemain Malaysian Tigress yang gagal tersenarai dalam barisan 18 terbaik untuk mewakili Malaysia ke saingan Piala Tuanku Zara 2023 nanti.

“Selepas Sukan Asia (Hangzhou, China pada September), mungkin ada ACT bulan November, jadi kalau ikutkan bertembunglah dengan Piala Tuanku Zara 2023.

“Kita ada senarai panjang dan kita nak semua pemain mendapat banyak perlawanan tak kira hoki padang, dalam dewan atau lima sebelah. Matlamat utama pasukan adalah Sukan Asia 2026 (di Nagoya, Jepun).

“Pasukan wanita tak ramai pemain (dalam dewan) seperti lelaki. Jadi saya tiada masalah untuk berikan pemain kepada dalam dewan selagi diberikan ‘lampu hijau’ oleh MHC (Konfederasi Hoki Malaysia),” katanya.

Kelmarin, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan menerima kunjungan hormat Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden Persatuan Hoki Perak, Mohd. Sayuti Abd. Samat di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur.

Baginda perkenan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-30 diadakan awal tahun depan selain penganjuran Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah (Lelaki) dan Piala Tuanku Zara (Wanita) 2023 pada November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI