fbpx

Ribut petir landa 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 8 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Turut terlibat iaitu Sik dan Baling di Kedah, Kerian, Larut dan Bagan Datuk di Perak serta Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Temerloh di Pahang.

“Bagi Selangor,  hujan lebat dijangka tertumpu di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya hari ini .

Ujar MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI