fbpx

Pencuri menangis depan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu merayu dimaafkan sambil diperhatikan orang ramai. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki menangis dan meraung selepas ditangkap mencuri topi keledar milik orang lain, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memoemedia. Kejadian berlaku di wilayah Sumatera Utara. 

Dalam keadaan duduk di atas jalan, lelaki itu merayu dan meminta maaf selepas ditangkap oleh orang ramai.

Lelaki itu tidak mengeluarkan air mata walaupun dia cuba menangis sekuat hati. 

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

“Ini mungkin yang dinamakan menangis sampai kering air mata,” kata seorang netizen.

“Bagus lakonannya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI