fbpx

PRN: Polis Pulau Pinang kenal pasti kumpulan kongsi gelap, NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (tengah) pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mungkin boleh mengganggu serta mendatangkan kegusaran awam ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan nanti.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kumpulan-kumpulan kongsi gelap serta NGO berkenaan berada dalam senarai data pihak polis dan kegiatan mereka sentiasa dalam radar pemantauan.

”Kita sebenarnya telah kenal pasti tempat atau kawasan yang mana kumpulan kongsi gelap atau NGO (di belakangnya ada kongsi gelap) yang boleh mempengaruhi dan mengganggu perjalanan PRN terutama ketika berkempen di Pulau Pinang nanti.

“Polis juga telah ada semua senarai data dan kegiatan mereka, sekarang ini kita memerhati serta menjalankan tindakan risikan supaya mereka tidak menjadi orang tengah atau menimbulkan kacau bilau,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang petang tadi.

Dalam kata itu, Kok Chin berkata, polis telah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu yang berisiko menjadi kawasan panas (hotspot)ketika pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Katanya, dua kawasan hotspot itu adalah di DUN Permatang Pasir di kawasan Seberang Perai serta DUN Bayan Lepas di kawasan pulau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI