fbpx

Kereta api terpaksa perlahan kenduri kahwin di tepi landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tren tersebut dipandu secara perlahan ketika melintasi kawasan majlis tersebut. – TikTok

JAKARTA  – Sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi tular kerana diadakan di tepi landasan kereta api sehingga menyukarkan pergerakan tren, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Dalam video mengenainya yang dimuat naik di laman TikTok, kelihatan meja dan kerusi  dihias dengan kain lapik berwarna merah jambu disusun di bahagian tepi landasan.

Tetamu undangan dilihat leka menikmati makanan dengan pelamin turut dihias di tepi landasan.

Dalam masa sama, jurugambar berdiri di seberang landasan untuk merakam gambar pengantin. 

Tidak lama kemudian, sebuah kereta api menghampiri kawasan berkenaan dengan kelajuan perlahan bagi memastikan keselamatan tetamu majlis.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Inilah yang dikatakan sila pandu perlahan,” kata seorang netizen.

“Dekat dengan rumah saya. Memang selalunya kalau ada majlis, kereta api akan diperlahankan,” kata pengguna lain. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI