fbpx

Kelantan FC lega sudah boleh beli pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORIZAM tidak mahu lagi terpedaya dengan cadangan atau pendapat orang lain yang ternyata gagal membina pasukan Kelantan FC.

HARAPAN pasukan Kelantan FC untuk menandatangani pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) mungkin menjadi kenyataan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik semula larangan tersebut semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman semalam, pihak pengurusan telah menerima surat rasmi daripada badan induk bola sepak negara untuk menarik larangan pendaftaran pemain segera.

“Terima kasih FAM,” kata Norizam selepas memuat naik tangkap layar surat terbabit yang menyatakan pembayaran penuh telah diselesaikan kepada pihak pengadu sebelum ini.

Susulan itu, perintah larangan pendaftaran pemain tempatan dan antarabangsa terhadap Kelantan FC telah ditarik semula oleh FAM.

Mengulas lanjut menerusi komen di laman Facebooknya, Norizam yang mesra dengan gelaran Zamsahan mengakui cepat atau lambat (tunggakan gaji akan segara diselesaikan).

“Lebih ramai yang nak tengok TRW berjaya daripada gagal. Saya tak perlukan pujian, kaki jilat. Cuma jangan menghasut sehingga fitnah.

“Yang doakan kebaikan, saya doakan semula kejayaan pada anda semua. Jangan risau, lambat cepat saya selesaikan TRW tercorot? Insya-Allah, TRW akan semakin maju. Usaha terus,” katanya.

Bagaimanapun, status sekatan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke atas Kelantan masih belum diketahui selepas pengelola Liga M itu turut melakukan denda yang sama pada minggu lalu.

Menurut MFL, hukuman sekatan perpindahan pemain akan ditarik semula sekiranya Kelantan FC berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan caruman KWSP, gaji pemain dan pegawai sebelum jendela kedua berakhir pada 1 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI