fbpx

Inter Milan terdesak tandatangani Romelu Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU berjaya membuktikan statusnya selaku penyerang berkelas dunia apabila berjaya membantu Inter menjuarai Serie A musim 2021. – AFP

MILAN – Pasukan Inter Milan terdesak untuk menguatkan skuad utama pada jendela perpindahan kali ini dengan menyatakan hasrat untuk menandatangani semula khidmat penyerang, Romelu Lukaku secara pinjaman.

Sebagai rekod, Lukaku telah membuktikan statusnya selaku penyerang berkelas dunia apabila berjaya membantu Inter menjuarai Serie A musim 2021 sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Chelsea dengan harga £97.5 juta (RM573.7 juta)

Namun, prestasinya bersama skuad The Blues tidak seperti yang diharapkan sehingga dipinjamkan semula ke skuad Nerrazzuri pada kempen musim lepas selama semusim.

Pihak pengurusan Inter cukup berminat untuk mengekalkan khidmat Lukaku selepas mendapat lampu hijau daripada ketua jurulatih, Simone Inzaghi dan kali ini berjanji untuk meletakkan terma pembelian secara tetap tahun depan.

Menurut laporan, Inter tidak ada masalah untuk membayar sebanyak €5 juta (RM25.2 juta) sebagai yuran pinjaman dan tambahan €30 juta (RM151.6 juta) jika dikekalkan secara tetap nanti.

Malah, Lukaku yang kini berusia 30 tahun turut mahu kekal di San Siro selepas menolak tawaran lumayan untuk berhijrah ke Liga Pro Arab Saudi pada jendela musim depan meskipun Chelsea bersetuju dengan tawaran tunai sebanyak €50 juta (RM252.8 juta).

Inter dilihat berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini selepas menandatangani khidmat pemain tengah Sassuolo, Davide Frattesi dengan nilai sebanyak €27 juta (RM136.5 juta) selain memburu tonggak Udinese, Ro­berto Pereyra. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI