fbpx

Pura-pura beli rokok sebelum ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tiga suspek yang didakwa terlibat dalam kejadian ragut di sebuah kedai di Bukit Kemuning.

SHAH ALAM – Tiga lelaki diburu selepas meragut rantai leher warga emas dengan menyamar sebagai pelanggan untuk membeli rokok di kawasan perumahan Bukit Kemuning, di sini semalam.

Aksi jenayah dilakukan ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkugan 20 hingga 30-an itu tular menerusi rakaman video berdurasi seminit di aplikasi TikTok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 10.29 pagi ketika suspek yang menunggang dua buah motosikal datang ke rumah mangsa yang berusia 67 tahun.

Kumpulan suspek itu berpura-pura menyamar sebagai pelanggan dan mahu membeli rokok.

“Ketika diminta untuk menukar dengan rokok jenis lain, salah seorang suspek kemudian meluru ke arah mangsa dan meragut rantai leher warga emas tersebut sebelum melarikan diri.

“Mangsa cuba menahan suspek dengan menarik baju, namun gagal.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di lengan, lutut dan kaki kerana terjatuh akibat diseret suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay memberitahu, usaha mengesan dan menangkap suspek terlibat sedang digiat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Laymand di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI