fbpx

Gelap mata mahu untung cepat, wanita rugi RM87,400.90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Seorang pekerja kilang kerugian sebanyak RM87,400.90 selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang diiklankan dalam kumpulan WhatsApp Kem Latihan Amali Untung Stabil Pasaran Saham.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pengadu yang berusia 40-an membuat laporan polis berhubung kejadian itu, semalam.

“Pengadu memaklumkan dia tertarik menyertai pelaburan tersebut pada 4 Mei lalu apabila dimaklumkan boleh mendapat keuntungan sehingga RM180,000 hanya dalam tempoh sebulan menyertai. Pengadu mula membuat pelaburan buat kali pertama pada 12 Jun lalu. Namun apabila pengadu mahu keseluruhan keuntungan pelaburan dijanjikan, dia diarah membayar cukai sebanyak RM24,000.

“Selepas membuat bayaran cukai tersebut, pengadu terus tidak dapat berhubung dengan suspek menerusi WhatsApp, selain turut terkilan kerana disingkir daripada kumpulan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Rahmat, pengadu hanya menyedari telah menjadi mangsa penipuan semalam setelah mengalami kerugian sebanyak RM87,400.90, melibatkan duit pelaburan dan cukai dibayar.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Setakat ini, kes ini adalah pertama yang diterima berkaitan skim pelaburan seperti itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI