fbpx

Wujud kacang hantu dalam jabatan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat NACCOL di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujudnya golongan kacang hantu dalam kedua-dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Susulan itu, katanya, beliau turut bersetuju agar kedua-dua jabatan berkenaan disiasat bagi mengelakkan pertuduhan secara rambang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah siasatan terhadap kedua-dua jabatan bagi mengelakkan sebarang pertuduhan terus dibuat.

“Jika ianya benar (rasuah), itu mesti diperbaiki, jika ianya tidak benar, mesti dilakukan pencerahan. Kita tidak wajar melakukan tuduhan secara rambang dan dalam perkara ini yang penting adalah keberkesanan terhadap langkah-langkah dilakukan oleh kedua-dua jabatan berkenaan.

“Ini kerana mungkin ada kacang-kacang hantu, ia memang wujud dan sentiasa wujud. Oleh sebab itu, kacang hantu ini yang merosakkan susu sebelanga dan ia harus dibanteras,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Perdana Menteri semalam bahawa dua jabatan di bawah KDN iaitu JIM dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI