fbpx
kereta yang ditenggelami banjir memerlukan kos yang tinggi untuk proses baik pulih. – GAMBAR HIASAN

Periksa nombor plat dengan pihak berwajib, elak tanggung rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penjual kereta terpakai memberitahu, kebiasaannya penjual kenderaan terpakai akan menge­tahui sekiranya kereta yang dibeli mereka daripada pengguna pernah terlibat dalam kejadian banjir atau kemalangan.

Lelaki yang ingin dikenali sebagai Raja, 47, berkata, dia sendiri sememangnya tidak akan membeli kereta banjir atau yang mengalami kemalangan teruk kerana kenderaan tersebut akan bermasalah di kemudian hari.

“Kereta terpakai yang mudah rosak selepas dibaiki adalah kereta yang pernah ditenggelami banjir. Sebab itu kami tidak akan ambil kereta banjir,” katanya kepada Kosmo!.

Sehubungan itu, katanya, pengguna yang mahu membeli kereta terpakai perlu menyemak maklum balas pelanggan di laman sosial kedai terbabit bagi mengetahui respon pengguna.

Selain itu, katanya, pembeli boleh merujuk kereta terpakai itu kepada pakar sebelum menandatangani perjanjian pinjaman dan membeli kenderaan berkenaan.

“Pembeli juga boleh periksa nombor plat kenderaan untuk kesan kes kemalangan kerana untuk membuat tuntutan insurans memerlukan laporan daripada pihak polis.

“Jika melakukan pembelian kenderaan melalui secara dalam talian, seeloknya carilah penjual yang jujur dan boleh dipercayai,” katanya.

Sementara itu, peguam Te­tuan Nas Rahman & Co, Nas Rahman berkata, pembeli kereta terpakai yang termakan dengan janji-janji manis penjual kereta boleh tampil menegakkan keadilan hak mereka berikutan ia telah melanggar undang-undang.

“Tiada akta spesifik untuk kereta terpakai, namun mempunyai bentuk generik perlin­dungan pengguna yang dipanggil, Akta Perlindungan Pengguna 1999,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN